Adakah Produk ROYCE’ disahkan Halal?
Produk ROYCE’ tidak disahkan Halal oleh JAKIM kerana beberapa produk kami mempunyai kandungan alkohol. Walau bagaimanapun, majoriti daripada produk kami adalah bebas daripada kandungan alkohol dan gelatin yang diperbuat daripada bahan tumbuh-tumbuhan/sayur-sayuran. Sila rujuk senarai di bawah untuk mengetahui produk ROYCE’ yang mengandungi alkohol.
Apakah produk ROYCE’ yang mengandungi alkohol?
Hanya beberapa produk ROYCE’ yang mengandungi alkohol seperti Nama Chocolate Champagne Pierre Mignon, Nama Chocolate Bitter, Nama Chocolate Au Lait, Nama Chocolate Matcha dan Bar Chocolate Rum & Raisin.
Bagaimanakah cara penyimpanan untuk ROYCE’ Chocolate?
Selain daripada Nama Chocolates dan Potatochip Chocolates, semua rangkaian produk ROYCE’ Chocolate boleh disimpan untuk jangka masa 3 bulan sekiranya ia disimpan di tempat yang sejuk, kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari, haba dan kelembapan. Nama Chocolates memerlukan penyimpanan teliti dan perlu disimpan dalam peti sejuk bersuhu 10 Celsius ke bawah untuk menjamin kualiti dan rasa.
Apakah keistimewaan ROYCE Chocolate?
Produk ROYCE’ adalah keluaran tersendiri dari negara Jepun. Penghasilan ROYCE’ Chocolates berasaskan 3 aspek yang utama iaitu “Kualiti, Keaslian dan Kejutan”.
- Kualiti menerusi pemilihan bahan-bahan, teknik pengeluaran, kawalan kebersihan dan keselamatan.
- Keaslian pula boleh dilihat dari segi inovasi dalam konfeksi coklat yang membolehkan penghasilan produk yang tersendiri seperti Nama Chocolate dan Potatochip Chocolate.
- ROYCE’ Chocolates dikomersialkan pada harga yang berpatutan selaras dengan rasa coklat yang istimewa, berkualiti tinggi dan mampu dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Apa itu Nama Chocolate?
Mengandungi coklat pilihan yang halus dengan sedikit alkohol berprestij, Nama Chocolate adalah ganache coklat bertekstur licin 'segar' yang mengandungi sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah krim yang biasanya terdapat dalam coklat konvensional. Dengan krim segar berserta alkohol yang menyumbang hampir satu perempat daripada gabungan bahan dan paras kandungan kelembapan yang sangat tinggi, ianya menghasilkan Nama Chocolate dengan tekstur halus, membolehkannya cair perlahan-lahan di dalam mulut anda. Terdapat 8 jenis Nama Chocolate ditawarkan di pasaran. Dari masa ke semasa, kami juga menawarkan perisa yang eksklusif mengikut musim dan ianya disediakan dalam kuantiti terhad.
Berapa lamakah Nama Chocolate boleh disimpan?
Dengan cara penyimpanan yang teliti, jangka hayat untuk Nama Chocolate adalah sebulan. Dinasihatkan supaya Nama Chocolate disimpan dalam peti sejuk dan dimakan secepat mungkin untuk memastikan kesegarannya terjamin.
Berapa lamakah ais gel boleh bertahan di dalam Nama Cooling Bag?
Ianya bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu sekeliling, masa untuk ais gel tersebut cair sepenuhnya adalah di antara 3 sehingga 4 jam. Selepas ais gel cair, Nama Chocolate yang berada di dalam cooling bag akan turut cair. Dinasihatkan supaya Nama Chocolate tidak terdedah kepada cahaya matahari dan haba.
Apa itu Potatochip Chocolate?
Kombinasi masin manis yang unik antara cip kentang yang ranggup berserta coklat, produk ini adalah salah satu produk yang paling laris terjual di Jepun.
Berapa lamakah Potatochip Chocolate boleh disimpan?
Bagi memastikan kerangupan Potatochip Chocolates dikekalkan, jangka masa untuk coklat ini adalah sebulan. Dinasihatkan supaya Potatochip Chocolate disimpan di tempat yang sejuk, kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari, haba dan kelembapan.
Apa itu Pure Chocolate?
Pure Chocolate adalah coklat berbentuk cakera bulat yang diperbuat daripada biji koko premium yang dipilih secara teliti daripada seluruh dunia.
Setiap kotak Pure Chocolates yang mengandungi dua (2) perisa di dalamnya, mempunyai 20 keping bagi setiap satu perisa, dan sejumlah 40 keping coklat dibungkus di dalamnya secara individu.
Setiap kotak Pure Chocolate yang hanya mengandungi satu (1) perisa di dalamnya, mempunyai 20 keping coklat yang dibungkus secara individu.
Penafian ke atas Penjualan yang Tidak Sah
Terdapat sebilangan peniaga dalam talian yang tidak sah telah melakukan aktiviti penjualan semula coklat ROYCE dan mereka turut mengaku sebagai agen yang disahkan oleh ROYCE’ Malaysia dan Jepun. Mereka giat dalam melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini dengan mengambil pesanan daripada pelanggan akan tetapi mereka tidak mempunyai stok tersedia untuk dihantar kepada pelanggan. Jika anda telah melakukan pembelian coklat ROYCE' daripada peniaga yang tidak sah tersebut:
Kami tidak menjamin kualiti, rasa dan tekstur coklat yang telah dibeli.
Kami tidak dapat membantu jika anda mempunyai masalah dengan peniaga yang tidak sah ataupun menerima produk yang telah rosak.
Kami tidak dapat memastikan cara pengendalian, penyimpanan dan penghantaran yang dilakukan adalah betul dan mematuhi piawaian syarikat kami.
Oleh yang demikian, kami mengesyorkan anda supaya membuat pesanan hanya daripada saluran yang betul seperti laman sesawang ini ataupun daripada mana-mana cawangan kedai rasmi yang dimiliki oleh ROYCE’ Chocolate Malaysia.