Pesanan & Pemulangan Pesanan
- Sila daftarkan diri anda sebagai ahli dengan log masuk dan daftar akaun baru.
- Gunakan “Senarai Produk” untuk membantu anda dalam memilih coklat yang diingini.
- Anda juga boleh mencari produk yang diingini menerusi ‘Search”.
- Pilih dan klik pada produk dan kuantiti yang dikehendaki. Seterusnya, klik pada “Add to Cart”.
- Masukkan kod promosi (jika ada) dan klik “Apply Code”.
- Klik pada pautan “Shopping Cart” anda untuk melihat semula ataupun mengeluarkan produk yang telah dipilih.
- Klik butang “Proceed to Checkout” untuk meneruskan dan melengkapkan pembelian anda.
Untuk mengelakkan sebarang penangguhan ke atas pembelian anda, sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
Sejajar dengan inisiatif ROYCE ' untuk mengurangkan pembasiran serta kesan kepada alam sekitar, kami akan melaksanakan caj untuk servis pembungkus dan kad hadiah (gift card) untuk semua pembelian mulai 1 Mac 2021.
Bayaran bagi setiap kad hadiah (gift card) adalah RM1.00, termasuk mesej yang dicetak (maksimum 200 aksara).
Caj pembungkus hadiah boleh ditambah kepada setiap pembelian dengan harga RM2.00. Gaya pembungkus mungkin berbeza berdasarkan saiz kotak produk yang dibeli.
Bayaran bagi setiap kad hadiah (gift card) adalah RM1.00, termasuk mesej yang dicetak (maksimum 200 aksara).
Caj pembungkus hadiah boleh ditambah kepada setiap pembelian dengan harga RM2.00. Gaya pembungkus mungkin berbeza berdasarkan saiz kotak produk yang dibeli.
Dengan mendaftar dengan kami, anda bakal mendapat faedah seperti di bawah :
- Lihat butiran pesanan anda dan juga menyemak sejarah pembelian.
- Membuat “Wish List” untuk menanda produk yang dikehendaki untuk dibeli pada masa akan datang.
- Senarai pembelian juga boleh dicetak untuk memudahkan pemilihan dan pembelian.
- Menyimpan alamat anda supaya pembelian adalah lebih mudah dan cepat.
- Mengurus maklumat akaun, alamat dan emel. Untuk mendaftar akaun baru, anda hanya perlu klik pada butang “Log In” dan isikan butir peribadi anda.
Kami akan membuat tawaran dengan menggunakan kod promosi dari masa ke semasa. Sila ikut 3 langkah mudah ini untuk menggunakan kod promosi tersebut semasa checkout.
- Masukkan kod promosi dan klik “Apply Code”
- Semak diskaun yang telah diberikan di rumusan pembelian dalam halaman pembayaran dan klik “Continue”
Semua pesanan yang telah berjaya tidak boleh dikembalikan kecuali pesanan tersebut dihantar kepada penerima adalah salah ataupun produk yang diterima tidak berada dalam keadaan yang baik (koyak/hilang). Pembeli atau penerima adalah dinasihatkan untuk menyemak bungkusan yang diterima mereka sejurus menerima pesanan. Tiada tuntutan yang akan dilayan selepas pesanan telah diterima sepenuhnya oleh pembeli mahupun penerima.
Pihak ROYCE’ Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku ke atas produk yang dibeli selepas penerima mengakui penerimaan barangan tersebut adalah dalam keadaan yang baik. Anda dinasihatkan supaya menyemak dengan teliti sebelum menerima barangan tersebut.
Q. Pesanan saya telah tiba tetapi saya ingin membatalkan pembelian tersebut. Bolehkah ia dilakukan?
A. Selepas pesanan berjaya dilakukan dan pembayaran telah dibuat, ROYCE’ Malaysia tidak akan melayan sebarang permintaan pembatalan ke atas pesanan tersebut. Jadi, sila pastikan semua maklumat dalam pembelian adalah muktamad sebelum melakukan pembayaran untuk pesanan diproses.Q. Produk yang dibeli rosak ataupun bungkusan koyak. Apakah yang perlu dilakukan?
A. Semua pesanan yang diterima akan diproses dan dibungkus secara cermat dan tertib oleh pihak Gudang kami untuk memastikan produk sampai kepada anda dalam keadaan yang bagus. Jikalau kejadian yang tidak diingini berlaku, dan anda menerima pesanan dalam keadaan yang tidak sempurna, sila emel info@royce.com.my dengan butiran pesanan seperti tarikh dan masa penghantaran, nombor pengesanan dan juga gambar (sebagai bukti kerosakan). Kami akan menghubungi anda secepat mungkin dan memberi anda cara penyelesaian yang terbaik.Pihak ROYCE’ Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku ke atas produk yang dibeli selepas penerima mengakui penerimaan barangan tersebut adalah dalam keadaan yang baik. Anda dinasihatkan supaya menyemak dengan teliti sebelum menerima barangan tersebut.
Q. Produk/Coklat yang dibeli telah rosak. Apakah yang perlu saya lakukan?
A. Jika anda menerima coklat yang tidak berada dalam keadaan yang sempurna diakibatkan produksi di Jepun, sila hubungi kami menerusi emel info@royce.com.my dan kami akan membalas anda secepat mungkin untuk memberikan cara penyelesaian yang terbaik.Q. Pesanan saya tidak berjaya untuk sampai kepada penerima yang ditujui atas sebab-sebab tertentu. Bolehkah saya membatalkan ataupun memulangkan pesanan tersebut kepada ROYCE’ Malaysia?
A. Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak melayan sebarang pemulangan pesanan sama ada dalam bentuk barangan ataupun mata wang sekiranya penerima tidak dapat dihubungi dan dijejaki. Dalam situasi sebegini, pesanan tersebut akan dihantar kepada pembeli dan segala kos penghantaran ke alamat baru akan ditanggung oleh pembeli sendiri.Q. Bolehkah saya memulangkan sebarang produk rosak ke mana-mana kedai ROYCE’?
A. Pembelian melalui talian/e-store adalah tidak sama dengan pembelian fizikal di kedai ROYCE’. Anda tidak boleh memulangkan/menukar produk anda di kedai ROYCE’.
ROYCE’ Chocolate Malaysia berhak sepenuhnya untuk menahan atau membatalkan sebarang pesanan berdasarkan pemerhatian seperti di bawah:
Membeli coklat yang sama dengan kuantiti yang banyak dalam satu pesanan.
Kerap kali menghantar jumlah pesanan coklat yang besar ke alamat yang sama.
Pelanggan tidak dapat membuat justifikasi yang jelas ke atas pembelian tersebut dan/ataupun pihak Royce’ Chocolate Malaysia mempunyai keraguan ke atas pembelian yang dilakukan.